BENGKEL MENYEMAI MINAT BELAJAR

27 Jun 2014, Damansara Selangor - IQ Class Management dipelawa pada tahun ini sekali lagi ke SK Bandar Baru Sri Damansara. Kali ini selama sehari berbengkel bersama pelajar tahun 6 dibawah tajuk Bengkel Menyemai Minat Belajar. Pelajar-pelajar didedahkan dengan beberapa cara dan teknik belajar dan seterusnya diingatkan untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum menjelang peperiksaan UPSR 2014.


Bengkel dimulakan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dan dilengkapkan sesi bersama Perunding Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Johari. Bengkel berlangsung dengan baik dan lancar dan kami berharap agar pelajar-pelajar SK Bandar Baru Sri Damansara akan berjaya sebagai anak-anak dan pelajar pads hari ini dan akan datang.

Follow by Email

BERSAMA KAMI