SPIES D'VILLAGE KUALA SELANGOR

17 Mei 2014, Kuala Selangor Selangor - Bengkel Keibubapaan SPIES D'Village anjuran QI Consultants Sdn Bhd telah diamanahkan kepada Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami. Bengkel yang dijalankan di Dewan Tan Sri (Dr.) Abu Hassan Omar ini bertujuan untuk melibatkan masyarakat setempat dengan aktiviti-aktiviti lebih luas dalam hal-hal kemasyarakatan. Bengkel berlangsung jam 9.00 pagi dan tamat jam 3.00 petang dengan parapeserta merencana aktiviti susulan mereka yang bersesuaian dan atas kemampuan masing-masing.

Keutamaannya adalah memastikan peserta memahami peranan mereka dalam pembentukan masyarakat idamana bermula dengan pemebntukan peribadi kepada keluarga dan akhirnya masyarakat dan peringkat seterusnya negeri dan negara. "Ia harus dijalankan peringkat demi peringkat jika kita ingin melihat perubahan menyeluruh, ia tidak harus datang mengejut melalui mana-mana peringkat sekalipun. Natijahnya jika begitu, usaha itu tidak akan kekal lama," kata Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management.

Catatan Popular