MOTIVASI BULANAN SIRI JUN 2014

5 Jun 2014, Klang Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management bertandang sekali lagi SK Sungai Serdang dan kali ini dengan misi menjalankan sesi bimbingan kepada kelompok peserta dan menilai tahap pencapaian mereka sehingga peperiksaan pertengahan tahun yang baru sahaja diduduki sebelum bermulanya cuti persekolahan.

Pemantauan dan latihan-latihan intensif secara tidak langsung berjaya memberi kesan kepada perkembangan dan peningkatan dalam pencapaian beberapa subjek yang diberikan tumpuan. Rangsangan motivasi ini juga dilihat berjaya mempersiapkan peserta untuk mencapai kejayaan setingkat demi setingkat. Kami di IQ Class Management amat mengesyorkan agar usaha menganjurkan motivasi bulanan oleh pihak sekolah diperbanyakkan agar perbelanjaan kewangan dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dilihat berbaloi dan meninggalkan kesan yang lebih besar.

Catatan Popular