KEM CUTI SEKOLAH

11 Jun 2014, Tanjong Barang Selangor - Kem Cuti Sekolah kali dianjurkan bersama pihak ABIM Daerah Kuala Selangor dan Madrasah Tahfiz Ad-Diniah di Kampung Sungai Gulang-gulang Tanjong Karang. Kem yang berlangsung selama 4 hari 3 malam diketuai oleh Encik Johari, Perunding Latihan dan Motivasi IQ Class Management. Seramai 25 orang peserta terlibat dan mengikuti kem ini dengan penyertaan termuda berumur 7 tahun.

Pelbagai altiviti dijalankan seperti LDK, ceramah, permainan bermodul, persembahan dan pertandingan. Kumpulan terbaik diserahkan kepada kumpulan Abu Bakar yang menewaskan kumpulan Sultan Al-Fateh. Kami di IQ Class Management amat mengharapkan peserta menghargai peluang ini dan membuat perubahan diri kepada yang lebih baik, insyaAllah.

Catatan Popular