BERSAMA MEMBINA KEJAYAAN UPSR

3 Jun 2014, Shah Alam Selangor - "Kejayaan kita akan lebih manis jika ia dicapai bersama dan hasil usaha bersama," demikian antara pesanan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management kepada 80 orang pelajar dari SK La Salle Petaling Jaya dalam satu siri ceramah beliau yang bertajuk Bersama Mencapai Kejayaan Dalam UPSR.

Ceramah yang disampaikan selama 2 jam ini dimulai dengan satu tayangan video memaparkan sebuah pasukan kawad kaki yang begitu tersusun dan seragam sekali. Selain itu, peserta jugs berkesempatan melakukan aktiviti telefon karat serta kertas putih. Kami di IQ Class Management amat berbesar hati kerana pihak sekolah sudi untuk menjemput kami memenuhi ruang motivasi di dalam program 3 hari 2 malam yang dianjurkan mereka. Semoga pelajar-pelajar beroleh Kejayaan dalam usaha mengejar impian 5A dalam UPSR. InsyaAllah.

Catatan Popular