BERSAMA KEPIMPINAN KELAB BIMBINGAN MAHASISWA UPM

25 Mei 2014, Serdang Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah dijemput bagi menyampaikan ceramah bertajuk 'Kemahiran Kepimpinan Islami' kepada jawatankuasa baru dilantik bagi Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM. Ceramah yang bermula pada jam 8.30 pagi tamat pada jam 9.45 pagi dengan pelbagai perkongsian pengalaman dan perbincangan teori kepimpinan sebagai tunjang kepada proses induksi kepimpinan mahasiswa ini. "Kali terakhir kita mengikuti kursus kepimpinan mungkin 5 atau 10 tahun dahulu, ini tidak akan membantu. Kepimpinan adalah kemahiran dan ia perlu digunakan buakan hanya sebagai teori," kata Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management.

Beliau menjelaskan tentang apa itu kepimpinan, bagai ciri-ciri kepimpinan serta beberapa perkongsian pengalaman sepanjang beliau terlibat secara aktif dikampus UIAM dahulu. Kami di IQ Class Management amat mengalu-alukan kelompok mahasiswa yang memberikan perhatian dalam perkara-perkara penstrukturan organisasi dan kami sedia memberikan khidmata nasihat dan bantuan bagi sesiapa yang berminat.

Catatan Popular