SPIES D'VILLAGE SEKSYEN 18 SHAH ALAM

24 Mei 2014, Shah Alam Selangor - Bengkel SPIES D'Village anjuran QI Consultants Sdn Bhd telah diamanahkan kepada Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami. Bengkel yang dijalankan di Madrasah Al-Hidayah Seksyen 11 Shah Alam. Ia bertujuan untuk melibatkan masyarakat setempat dengan aktiviti-aktiviti lebih luas dalam hal-hal kemasyarakatan. Bengkel berlangsung jam 9.00 pagi dan tamat jam 3.00 petang dengan para peserta merencana aktiviti susulan mereka yang bersesuaian dan atas kemampuan masing-masing.

Keutamaannya adalah memastikan peserta memahami peranan mereka dalam pembentukan masyarakat idamana bermula dengan pemebntukan peribadi kepada keluarga dan akhirnya masyarakat dan peringkat seterusnya negeri dan negara. "Ia harus dijalankan peringkat demi peringkat jika kita ingin melihat perubahan menyeluruh, ia tidak harus datang mengejut melalui mana-mana peringkat sekalipun. Natijahnya jika begitu, usaha itu tidak akan kekal lama," kata Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management.

Catatan Popular