SEMAI DI SK ANTARA GAPI HULU SELANGOR

26 April 2014, Hulu Selangor Selangor - Perunding Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Johari mewakili pasukan IQ Class Management bersama fasilitator kami telah memenuhi jemputan Bengkel Menyemai Minat Belajar di SK Antara Gapi Hulu Selangor. Bengkel yang berlangsung bersama peserta seramai lebih dari 100 orang pelajar bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Pelbagai aktiviti dilaksana bagi memenuhi objektif bengkel ini.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi ceramah bertajuk 'Keajaiban Minda', sesi aktiviti dalam kumpulan dan sesi perkongsian bersama fasilitator. Antara objektif bengkel SEMAI ini adalah untuk memupuk minat belajar kepada peserta disamping memperkenalkan kepada peserta beberapa kaedah yang dapat membantu proses pembelajaran dan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI