PROGRAM LATIHAN ASAS KEPIMPINAN MUDA DI SK SERDANG

27 April 2014, Serdang Selangor - IQ Class Management diwakili oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi Encik Kamarul Azami telah diundang bagi menjalankan Program Latihan Asas Kepimpinan Muda di SK Serdang selama 3 hari 2 malam bermula pada 25 April sehingga 27 April 2014. Program berlangsung di SK Serdang. Program yang telah tertangguh sebanyak 3 kali disebabkan oleh beberapa masalah dan halangan akhirnya berjaya disempurnakan dan dijalankan dengan baik dan berkesan. IQ Class Management juga dibarisi dengan fasilitator muda yang majoritinya merupakan pelajar di UPM bersebelahan dengan sekolah.


Perjalanan program lancar dengan komitmen serta kerjasama jitu yang ditunjukkan oleh peserta-peserta. Mereka sangat teruja dan bersedia untuk dibina sebagai kepimpinan masa hadapan. "Kami generasi yang akan pergi dan adik-adiklah yang akan menggantikan kami. Siapa tahu, mungkin ada dikalangan adik-adik ini yang akan menjadi menteri, menteri besar atau perdana menteri. Apa yang penting kita bermula di sini dan suatu hari nanti adik-adik pasti akan berjaya menjadi pemimpin dan jadilah pemimpin yang dihormati dan disegani," demikian antara petikan kata-kata perangsang yang disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management dalam Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh guru besar SK Serdang.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI