MOTIVASI BULANAN DI SK SUNGAI SERDANG

10 Mei 2014, Sungai Serdang, Kapar Selangor - "Kalau kamu nak berjaya, kamu kena buat apa yang disuruh tanpa soal dan tanpa ragu-ragu. Kejayaan tidak akan datang kepada orang yang banyak keraguan," kata Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management dalam siri ketiga pertemuan bersama pelajar tahun 6 SK Sungai Serdang hari ini. Tugasan diberikan pada pertemuan sebelumnya namun sikap pelajar menjadikan mereka ketinggalan bukan kerana keupayaan mereka yang terhada atau terbatas.

"Untuk berjaya perlu banyak pengorbanan. Korban masa rehat, masa main dan masa berangan," demikian antara pesanan yang disampaikan bagi mengembalikan motivasi pelajar terhadap pembelajaran mereka. IQ Class Management telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk memberikan motivasi kepada pelajar mereka pada setiap bulan sehingga sebelum peperiksaan. Ini merupakan satu pendekatan baru yang digunakan oleh IQ Class Management dalam membantu meningkatkan pencapaian sekolah.

Catatan Popular