USAHAWAN SEBAGAI KERJAYA PILIHAN SIRI 3

14 April 2014, Kuala Selangor Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, buat kali kedua memenuhi jemputan rakan syarikat latihan ICK2U bagi menyampaikan ceramah bertajuk Usahawan Sebagai Kerjaya Pilihan di Hotel De Palma Kuala Selangor untuk siri ke 3 dan terakhir. Program selama 3 hari 2 malam dianjurkan oleh PKNS buat kali kedua ysng mensasarkan sekolah-sekolah di seluruh negeri Selangor. Ceramah disampaikan selama 1 jam 30 minit dengan pelbagai input yang menarik.

"Sikap adalah jantung bagi setiap kejayaan yang dikecapi oleh orang yang cemerlang. Sikap membezakan antara orang berjaya dengan orang yang tidak berjaya." Begitulah antara pesanan perunding kami dengan mengharapkan pelajar lebih fokus dan tahu apa yang perlu ada pada diri mereka dan bagaimana untuk mencipta kejayaan dalam diri mereka. Perunding Utama IQ Class Management meletakkan fokus S.M.A.R.T Entrepreneur sebagai isi utama perbincangannya yang mana memberi fokus kepada 'strategy, mind set, attitude, reponsible and time management'.

Catatan Popular