SMK RAJA ABDULLAH DALAM PEAK

13 April 2014, Hulu Langat Selangor - "Kami telah aturkan program ini agar anda menjadi pemimpin sepanjang program dan bersambung sehingga selepas program. Kami hanya menjadi fasilitator dan kami tidak mahu membayangi kemampuan kepimpinan kamu semua," begitu antara pesanan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management kepada 61 orang pelajar dan kepimpinan sekolah SMK Rajs Abdullah dalam Program Eksplorasi Asas Kepimpinan atau PEAK. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 12 April sehingga 13 April 2014.

Program berlangsung di Kem Rimba Ria Suara Hutan Sungai Congkak dengan dibantu oleh perunding latihan IQ Class Management, fasilitator iaitu Abang Shakir, Kak Aisyah, Kak Lia, Kak Huda dan Kak Yana. Kami di IQ Class Management mengucapkan tahniah atas kejayaan peserta mengharungi cabaran sepanjang program ini berlangsung. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Catatan Popular