SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

19 April 2014, Sepang Selangor - Seramai 8 orang fasilitator bersama Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah berkumpul di SK Taman Putra Perdana bagi melaksana Bengkel Menyemai Minat Belajar bagi 136 orang pelajar tahun 5 sebagai persiapan peperiksaan UPSR 2015. Fasilitator yang terlibat adalah FaDelaT Mustafa, fasilitator Yusof, Yana, Lia, Ida, Zu, Hidayah, Erma dan Nali. Peserta dikelompokkan ke dalam 8 kumpulan dalam 3 sesi LDK dan 2 ceramah interaktif dan muhasabah.

Bengkel bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang dengan diakhirnya sesi muhasabah untuk menanamkan semangat agar peserta terus berusaha dan terus berjaya. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada guru yang menyelaras bengkel ini kerana memberikan kepercayaan sekali lagi kepada kami untuk melaksanakannya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Catatan Popular