MOTIVASI CINTA DI SK TAMAN PUTERI

15 April 2014, Hulu Langat Selangor - "Cinta boleh menghasilkan kejayaan dalam diri kita, cuma cinta yang macam mana, adakah cinta I lap You, You lap Me," demikian antara pesanan penting yang disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Puteri pada 15 April 2014. Ceramah berlangsung dengan baik dan berkesan. Peserta memberikan perhatian dalam slot ceramah bertajuk Motivasi Cinta.

Ceramah bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi dengan membincangkan 5 cinta yang boleh membawa kepada kejayaan diri mereka. Cinta kepada ibu, cinta ayah, cinta guru, cinta rakan dan taulan serta cinta kecemerlangan. Di hujung aktiviti peserta berkesempatan untuk membuat surat aku janji peribadi dan muhasabah diri.

Catatan Popular