MODUL PEAK DALAM BAKRI ABIM KUALA SELANGOR

20 April 2014, Kuala Selangor Selangor - Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama penuh IQ Class Management telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Kepimpinan Remaja Islam Kuala Selangor bermula 18 April sehingga 20 April 2014 bertempat di SRA Parit Serong Tanjong Karang Kuala Selangor. Program yang mengadaptasikan modul kepimpinan IQ Class Management ini direncana secara terbuka kepada kepimpinan remaja di peringkat sekolah di sekitar Kuala Selangor. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan, seramai 43 orang peserta yang telah turut serta di dalam BAKRI kali ini.

IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ABIM Daerah Kuala Selangor yang begitu komited dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada jawatankuasa penggerak dan fasilitator yang datang dari GPTD UNISEL dan Pra-U SMK Bagan Terap. Semoga ia menjadi langkah baru dan langkah yang akan diteruskan oleh generasi akan datang.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI