TRANSFORMASI PELAJAR DI MRSM MUADZAM SHAH

8 Mac 2014, Muadzam Shah Pahang - Bengkel Transformasi Dan Kemahiran Belajar meeupakan sebuah modul baru yang dibangunkan oleh IQ Class Management bagi bersama membantu pihak sekolah untuk membimbing pelajar-pelajar calon SPM mengenali diri sekaligus membantu mereka menetapkan matlamat dan halatuju masa hadapan mereka. Ia juga secara langsung membantu peserta mengetahui kekuatan diri masing-masing dari sudut bagaimana cara yang terbaik buat mereka untuk mengendali diri untuk terus belajar dengan berkesan.

IQ Class Management diwakili oleh Perunding Utama, Encik Kamarul Azami, dan Perundingnya, Encik Johari juga disertai fasilitator FaDelaT, saudara Mustafa Kamaludin. Bengkel bermula pada jam 3.30 petang pada 7 Mac dan berakhir pada 8 Mac pada jam 3.30 petang juga. Terdapat 5 sesi utama termasuk sesi SMART dan teknik belajar berkesan.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI