TOT PROGRAM INSAN KREARIF (PEKA)

26 Mac 2014, Sabak Bernam Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management Encik Kamarul Azami dibantu oleh Encik Nur Iman Mahadi telah terlibat bersama Haji Nik Mohd Yusof (QI Consultant) dalam menyediakan latihan dan pengisian kepada pegawai-pegawai JAIS dalam misi menyediakan mereka sebagai fasilitator untuk Program Insan Kreatif atau PEKA kepada kakitangan JAIS. TOT yang berlangsung selama 3 Hari 2 malam bermula pada 24 Mac lalu memberikan pendedahan kepada peserta mengenai isi kandungan, permainan, perbincangan, pembentangan beserta aktiviti kemasyarakatan.

Peserta telah menunjukkan komitmen yang membanggakan dan memberikan respon positif dalam memenuhi keperluan latihan ini. Kami selaku jurulatih, hanyalah sebagai pemudahcara dan memberikan contoh dan merekalah pelaksana yang sebenar. Nampak mudah ringan dan bersahaja, tetapi pada dasarnya, menyediakan fasilitator lebih dari sekadar isi kandungan kerana ia juga adalah melibatkan hubungan, antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah.

Catatan Popular