SK SERENDAH

5 Mac 2014, Serendah Selangor - "Anda perlu pecahkan rekod jadi lebih baik dari mereka yang terdahulu, kejayaan akan bersama orang berusaha", begitulah antara ungkapan dan pesanan perunding dan penceramah IQ Class Management dalam bengkel menyemai minat belajar di SK Serendah hari ini bersama 120 orang pelajar terpilih. Bengkel yang bermula jam 8.00 pagi bermula dengan perkongsian teknik memberi tumpuan ketika belajar dan disusuli dengan ceramah interaktif En Johari bertajuk keajaiban minda.

Ceramah disusuli dengan permainan telefon karat sebelum diserahkan kepada perunding utama IQ Class Management, En Kamarul Azami untuk sesi 0Membina Cita dan Muhasabah Cita. Bengkel tamat jam 1.00 petang dengan majlis penyerahan dan penutup bengkel. Kami di IQ Class Management mendoakan kejayaan mereka dalam UPSR akan datang insyaAllah.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI