SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA

28 Februari 2014, Kuala Selangor Selangor - Perunding Latihan dan Motivasi IQ Class Management bersama fasilitator Encik Yusof telah memenuhi jemputan bagi melaksana Bengkel Asas Kepimpinan Muda SK Bandar Baru Sri Damansara. Bengkel yang bermula jam 3.00 petang itu dihadiri seramai lebih kurang 50 orang peserta dari kepimpinan tahun 3, 4 dan 5 sekolah tersebut. Ia telah dilaksana di Pantai Seaview Resort, Pantai Remis Kuala Selangor.

Antara topik perbincangan dan aktiviti yang dijalankan adalah pemimpin berani, ikhlas, jauhi kesalahan, ambil tahu serta kekemasan diri. Bengkel berlangsung berselang-seli dengan waktu solat Asar, Maghrib dan Isyak serta waktu minum petang dan makan malam. Aktiviti tamat pada jam 11.00 malam dan peserta bermalam di resort untuk menyambung aktiviti bersama guru mereka pada keesokan harinya.

Follow by Email

BERSAMA KAMI