SK (2) JALAN MERU KLANG

18 Mac 2014, Klang Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami telah menerima jemputan ceramah bersama kepompinan muda SK (2) Jalan Meru Klang. Ceramah yang dijadualkan bermula jam 8.00 pagi tamat pada jam 12.30 tengahari itu menghidangkan 2 modul utama latihan kepimpinan muda iaitu mdoul KeMuda A dan KeMuda B. Ceramah berlangsung dalam 2 sesi 2 jam dengan disertai lebih 50 orang pelajar dari tahun 4, 5 dan 6.

Antara pesanan penting penceramah adalah supaya pelajar tahun 4 dapat mempelajari sesuatu yang baik dari pelajar tahun 5 dan 6, manakala tahun 5, bersiap diri untuk menggantikan tahun 6 manakala tahun 6 harus menunjukkan contoh dan tauladan yang terbaik untuk adik-adik mereka. Ceramah modul KeMuda A menyentuh tajuk kepimpinan muda harus BIJAK yang mengandungi sifat berani, ikhlas, jauhi kesalahan, ambil tahu dan kekemasan diri. Bagi modul KeMuda B pula peserta didedahkan dengan KPT iaitu bagaimana untuk menjadi ketua, rakan yang patuh kepada arahan dan menjadi teladan kepada rakan-rakan di sekolah.

Catatan Popular