SEKOLAH MENENGAH ISLAM SEREMBAN

2 Mac 2014, Hulu Langat Selangor - "Kami hanya memulakan peranan dan menyampaikan pesanan bahawa kepimpinan ini satu amanah dan ia amat berat bagi yang telah memikulnya" begitulah antara pesanan perunding dan penceramah utama IQ Class Management, En Kamarul Azami ketika memberikan ucapan dalam majlis perasmian penutupan Kem Kepimpinan dan Jatidiri Pelajar Sekolah Menengah Islam Seremban atau Sekolah Menengah Seri Setia Seremban. Program berlangsung selama 3 hari 2 malan dengan disertai oleh 80 orang peserta yang merupakan kepimpinan sekolah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Program bermula pada hari Jumaat dengan didahului dengan proses mengenali perwatakan diri melalui borang ujian IPW dan pada hari kedua, mereka melalui beberapa aktiviti berkumpulan iaitu Lai Chi Kang, Lukisan, Kejar Nombor, PIE Race dan diakhiri dengan XY Trading. Program pada hari Ahad didahuli dengan 'Jungle Trekking' dan majlis perasmian penutup pada jam 11.00 pagi. Swmoga Allah berkati usaha baik pihak sekolah ini.

Catatan Popular