PROGRAM TRANSFORMASI BELIA LUAR BANDAR BERSAMA KETENGAH

22 Mac 2014, Paka Terengganu - "Kita adalah apa yang kita fikirkan dan kejayaan adalah apa yang kita ada kemahuan yang kuat untuknya. Peluang tidak akan datang dua kali, tapi jika berlaku, maka kali kedua itu bukan peluang tapi 'trust'." Demikian antara pesanan penting Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management Encik Kamarul Azami yang juga merupakan panel perunding bagi KBI Training and Consultancy. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam yang dihadiri oleh seramai 180 orang peserta beserta 4 orang jurulatih.

Program ini merupakan program penutup bagi modul ini yang sudah dimulakan sejak November 2013. Pasukan IQ Class Management diwakili fasilitatornya oleh Perunding Latihan dan Motivasinya sendiri, Encik Johari, Encik Nur Iman Mahadi, Encik Yusof Nor, Cik Rashidah (UNISZA) dan Cik Hanisah (UNISZA). Perjalanan program cukup memberangsangkan dengan aktiviti yang pelbagai dan menarik. Semoga sasaran untuk menjadikan peserta seorang peniaga, pelajar dan pekerja mencapai sasaran dan diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular