KURSUS ASAS FASILITATOR ISLAM DI PAHANG

9 Mac 2014 - Kuantan Pahang - "Fasilitator harus mempunyai ABC yang meyakinkan orang yang melihat dan mengenali mereka." Begitulah antara pesanan penting Perunding Utama IQ Class Management dalam salah satu slot latihan Kursus Asas Fasilitator Islam atau KAFI anjuran Ikatan Pelajar Islam Pahang atau lebih dikenali sebagai IKATAN. ABC merupakan perkataan mnemonik bagi 3 asas fasilitator yang merujuk kepada akhlak, budaya dan ciri sebagai fasilitator.

Antara slot yang turut dipadatkan di dalam latihan ini adalah, imej dan komunikasi fasilitator di mana peserta melakukan aktiviti secara 'role-play' dan 'fish bowl', teori asas kaunseling dan pelan tindakan. Peserta telah dibentukkan kepada 4 pasukan yang diberi tugasan untuk melaksana 4 projek turun ke sekolah sepanjang 2014 ini. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak IKATAN yang memberi kami ruang untuk berbakti kepada mahasiswa di Pahang. Kursus dilaksana di UIAM Kuantan bermula 8 Mac sehingga 9 Mac 2014.

Catatan Popular