
Kursus yang berlangsung selama 1 hari 2 malam dihadiri oleh lebih kurang 30 prang peserta dari kalangan pelajar-pelajar UniSZA yang merupakan ahli dan bukan ahli kelab PEMIKIR UniSZA. Kursus bermula jam 9.00 malam pada 6 Februari dan berakhirnya sesi latihan bersama perunding dan penceramah utama IQ Class Management sehingga jam 8.30 malam.
Peserta secara umumnya melalui proses aktiviti dan perbincangan bermula dari sesi pemecah bendungan, peranan, karektor dan etika fasi, makna LDK dan modul serta komunikasi. Antara aktiviti yang dapat peserta lalaui adalah aktiviti karavan dan mangkuk ikan.