KEPIMPINAN PERSATUAN SK GOMBAK SETIA

21 Februari 2014, Gombak Selangor - "Pemimpin muda harus boleh menjadi teladan kepada rakan-rakan yang lain dari pelbagai sudut seperti pelajaran, tingkahlaku atau disiplin. Ia petanda bahawa anda layak digelar sebagai pemimpin muda," begitu sebahagain dari pesanan perunding dan penceramah utama IQ Class Management, En Kamarul Azami dalam satu sesi ceramah bertajuk Kepimpinan Muda Berkesan di SK Gombak Setia malam Sabtu yang lalu. Seramai lebih kurang 80 orang peserta terlibat dalam kursus tersebut yang dianjurkan oleh pihak sekolah sendiri.

Peserta adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin persatuan iaitu pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari dan naib bendahari. Antara isi kandungan ceramah adalah apa makna kepimpinan muda serta memahami 3 elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah kepimpinan muda iaitu ketua, rakan dan tugasan. Ceramah bermula jam 9.00 malam dan tamat jam 11.00 malam.

Catatan Popular