INDUKSI FASILITATOR MODUL KEPIMPINAN MUDA

23 Februari 2014, Tanjong Karang Selangor - Selepas siri pertama, dengan sesi pengenalan apa itu fasilitator kepada penggerak Kursus Latihan Asas Kepimpinan Muda dari persatuan GPTD UNISEL pada hari Ahad yang lalu, siri kedua menyusul dengan Induksi Kursus yang juga diberi kepercayaan kepada perunding utama IQ Class Management, En Kamarul Azami di Surau Darul Ma'rif Tanjong Karang bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.30 petang. Bengkel menjelaskan objektif kursus serta corak pendekatan yang perlu digunakan sepanjang kursus.


Fasilitator diperkenalkan dengan aktiviti seperti zus tang, puji diri, kejar nombor dan banyak lagi. Disamping itu, peserta juga diberi kesempatan untuk melakukan aktiviti main peranan sebagai salah satu bentuk latihan dan bimbingan fasilitator sebelum berhadapan dengan peserta sebenar. Komitmen dan kerjasama dari peserta amat menggalakkan dan diharapkan agar ia mampu memberikan gambaran lebih jelas serta peranan yang unggul mahasiswa dalam masyarakat khususnya mahasiswa UNISEL kepada masyarakat di sekitar daerah Kuala Selangor.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI