CERAMAH KEIBUBAPAAN DI SK BATU 4 (1) JALAN IPOH

22 Februari 2014, Kuala Lumpur - Perunding dan penceramah utama IQ Class Management, En Kamarul Azami, sekali lagi dijemput ke SK Batu 4 (1) Jalan Ipoh sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Tetapi, langkah pertana pada tahun ini, beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Anak-anak dan Peperiksaan kepada ibu bapa dan penjaga, pelajar-pelajar sekolah tersebut. Ceramah disampaikan selama 1 jam bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi.

Sekali lagi, modul ceramah melahirkan ibu bapa IDEAL diperkenalkan dengan isi perbincangan menjurus kepada perkongsian pengalaman serta maklumat dalam usaha menjadikan anak-anak insan yang berguna dalam kehidupan mereka. Ibu bapa penjaga diminta agar menetapkan impian dan matlamat dalam hidup anak-anak serta disusuli dengan disiplin serta eksplorasi agar anak-anak berkembang dengan kemampuan diri mereka yang sebenar.

Catatan Popular