BENGKEL MENYEMAI MINAT BELAJAR

6 Februari 2014, Kota Damansara Selangor - "Kejayaan datang bermula dari diri adik-adik sendiri", demikian antara pesanan penceramah dan perunding utama IQ Class Management dalam bengkel modul Semai di SK Seksyen 11 Kota Damansara, di sini hari ini. Bengkel yang berlangsung bermula seawal jam 8.00 pagi tamat pada jam 1.30 petang dengan sesi muhasabah yang dimuatkan di dalam salah satu aktiviti yang dijalankan setengah hari ini.


IQ Class Management memulakan bengkel dengan taklimat yang disampaikan oleh Encik Kamarul Azami. Taklimat menekan teknik memberikan tumpuan dakam belajar pelajar. Sesi disusuli slot keajaiban minda yang disampaikan oleh Encik Johari, perunding dan penceramah IQ Class Management dan diakhiri dengan rehat untuk semua. Sesi diteruskan dengan slot membina cita yang disampaikan oleh Encik Kamarul Azami yang menyentuh mengenai cara untuk membina cita-cita serta meningkatkan motivasi diri mereka.

Follow by Email

BERSAMA KAMI