BENGKEL DI AL AMIN GOMBAK

15 Februari 2014, Gombak Selangor - IQ Class Management diwakili oleh penceramah dan perunding IQ Class Management, Encik Johari memulakan langkah pertama melaksana antara modul terbaik IQ Class Management iaitu modul Asas Kepimpinan Muda dengan bengkel bertajuk Bengkel Sehari Asas Kepimpinan Muda. Seramai hampir 90 orang peserta terlibat di dalam menjayakan modul ini dan IQ Class Management dibantu oleh 3 orang fasilitator muda yang memperkenalkan konsep kepimpinan muda 'BIJAK'.

Kepimpinan muda 'BIJAK' mengetengahkan elemen keberanian, keikhlasan, menjauhkan diri dari kesalahan, ambil tahu serta kekemasan diri sebagai pemimpin di sekolah. Bengkek berlangsung bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang di Sekolah Rendah Islam Al Amin Gombak. Peserta memberikan kerjasama yang memberangsangkan dan kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada muallim dan muallimah yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksana modul ini di sekolah anda. Terima kasih.

Catatan Popular