ASAS FASILITATOR DI UNISEL

16 Februari 2014, Bestari Jaya Selangor - "Fasilitator adalah ibarat hati di dalam sesebuah program yang berlangsung. Jika baik hati itu maka baiklah keseluruhan program dan jika buruk hati itu maka buruklah keseluruhan program", begitulah antara peringatan penting yang disampaikan oleh perunding dan penceramah utama IQ Class Management kepada hampir 20 orang fasilitator baru dan lama dari kelab GPTD UNISEL dalam satu bengkel persiapan ke sekolah yang mereka anjurkan hari ini.

Selama lebih 2 jam peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman serta maklumat-maklumat penting bagaimana untuk menjadi fasilitator yang berkesan. Antara yang dibincangkan adalah mengenai akhlak fasilitator, budaya fasilitatormdan ciri-ciri fasilitator yang berkesan. Peserta juga sempat didedahkan tentang LDK yang di dalamnya ada konsep 4Ta, 4KA serta corak komunikasi yang berkesan.

Catatan Popular