TRANSFORMASI BELIA LUAR BANDAR NEGERI PERAK 2013

20 Disember 2013, Lenggong - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah dilantik oleh KBI sebagai Perunding Latihan untuk KBI Training and Consultancy bagi melaksana program bertajuk Transformasi Belia Luar Bandar dibawah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Program 3 hari 2 malam yang mensasarkan seramai 200 orang belia luar bandar yang terpilih untuk dibantu menetapkan halatuju kehidupan mereka dari menganggur kepada belajar, bekerja atau berniaga.


4 Perunding yang dilantik termasuk En Kamarul Azami mewakili IQ Class Management dan program pertama adalah di negeri Kelantan, kedua di Kedah manakala kali ini merupakan program yang ketiga di negeri Perak bersama FELCRA. Program bermula pada 20 Disember dan tamat pada 22 Disember 2013 di Kem Nur Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Seramai lebih kurang 150 orang peserta yang hadir yang mana mereka dibimbing melalui ujian Holland, analisa SWOT dan berakhir dengan pertemuan agensi berdasarkan pilihan mereka sama ada belajar, bekerja atau berniaga. Perunding Utama IQ Class Management ke Kedah bersama En Megat Azlan (KBI), En Fuad (Focus Training) dan En Zawawi (BUDI Training).

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI