TRANSFORMASI BELIA LUAR BANDAR NEGERI KEDAH 2013

11 Disember 2013, Sik - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah dilantik oleh KBI sebagai Perunding Latihan untuk KBI Training and Consultancy bagi melaksana program bertajuk Transformasi Belia Luar Bandar dibawah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Program 3 hari 2 malam yang mensasarkan seramai 200 orang belia luar bandar yang terpilih untuk dibantu menetapkan halatuju kehidupan mereka dari menganggur kepada belajar, bekerja atau berniaga.


4 Perunding yang dilantik termasuk En Kamarul Azami mewakili IQ Class Management dan program pertama adalah di negeri Kelantan Darul Naim manakala kali ini merupakan program yang kedua di negeri Kedah bersama KEDA. Program bermula pada 9 Disember dan tamat pada 11 Disember 2013 di Kolej KEDA, Sik, Kedah Darul Aman. Seramai lebih kurang 200 orang peserta yang hadir yang mana mereka dibimbing melalui ujian Holland, analisa SWOT dan berakhir dengan pertemuan agensi berdasarkan pilihan mereka sama ada belajar, bekerja atau berniaga. Perunding Utama IQ Class Management ke Kedah bersama En Megat Azlan (KBI), En Ghazali dan En Zawawi (BUDI Training).

Catatan Popular