SLOT PEMECAH BENDUNGAN DI D'VILLAGE MELAKA

8 November 2013, Ayer Keroh - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management sekali lagi mengisi ruangan Pemecah Bendungan bersama Sendayu Event Management dan kali ini untuk MQT IIUM yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di D'Village Melaka. Kursus yang mengumpulkan 'fellow' mahallah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia memberikan fokus kepada pembinaan pelajar melalui pendekatan israh yang berkesan.


Aktiviti pemecah bendungan telah diserapkan dengan beberapa elemen seperti Ta'aruf, Tafahum serta konsep umum usrah yang menjadi agenda utama perbincangan. Beberapa permainan diperkenalkan termasuklah Lai Chi Kang dan secara keseluruhannya, aktiviti berjalanlancar dan nampak berjaya menarik perhatian peserta kepada perbincangan.

Catatan Popular