SK DESA TASIK

21 Januari 2014, Kuala Lumpur - Pelajar-pelajar SK Desa Tasik diingatkan dan digesa untuk membuat perubahan diri segera demi melihat kejayaan dan kecemerlangan mereka pada masa hadapan. Begitulah antara pesanan penting perunding dan penceramah utama IQ Class Management, Encik Kamarul Azami kepada lebih dari 150 orang pelajar tahun di SK Desa Tasik di sini hari ini. Pelajar berkesempatan mendengar beberapa tips pembelajaran utama seperti teknik memberikan tumpuan dalam belajar serta bagaimana untuk mengekalkan minat terhadap pelajaran.

Ceramah berlangsung selama 2 jam yang sentiasa dihiasi dengan ketawa pelajar dengan pendekatan mesra dan humor yang dibawa oleh penceramah. Ceramah yang sangat interaktif ini, alhamdulillah berjaya mengekalkan fokus peserta mendengar dengan baik. Ceramah yang disampaikan bertajuk belajar cara belajar berkesan dan peserta juga diberi buah tangan seperti nota untuk rujukan selepas tamat ceramah nanti.

Catatan Popular