SK DENGKIL KAMI DATANG LAGI

17 Oktober 2013, Sepang - IQ Class Management kali ini diwakili Perunding Utama Encik Kamarul Azami sebagai penceramah untuk ceramah bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK Dengkil, pertemuan ketiga dalam tahun 2013. Ceramah ini menekankan tentang beberapa persiapan diri remaja sebelum mereka memasuki alam sekolah menengah dan peringatan agar kehidupan mereka diwaspadai.

Ceramah berlangsung lebih kurang 2 jam dengan penceramah ditemani Perunding Latihan Encik Johari. Peserta juga didedahkan dengan gejala-gejala tidak sihat yang timbul dikalangan remaja dan diingatkan serta dinasihatkan untuk mengambil beberapa langkah-langkah berjaga-jaga seperti perbanyakkan masa bersama ibu bapa, bergaul dengan orang yang lebih tua dan matang pemikiran serta sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah dan sihat. 

 

Catatan Popular