SK BATU 4 (1) JALAN IPOH

10 Oktober 2013, Kuala Lumpur - IQ Class Management kali ini diwakili Encik Mohd huzaimi bin Mohd Zaini sebagai penceramah untuk ceramah bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK Batu 4 (1) Jalan Ipoh. Ceramah ini menekankan tentang beberapa persiapan diri remaja sebelum mereka memasuki alam sekolah menengah dan peringatan agar kehidupan mereka diwaspadai.


Ceramah berlangsung lebih kurang 2 jam dengan penceramah ditemani Perunding Latihan Encik Johari. Peserta juga didedahkan dengan gejala-gejala tidak sihat yang timbul dikalangan remaja dan diingatkan serta dinasihatkan untuk mengambil beberapa langkah-langkah berjaga-jaga seperti perbanyakkan masa bersama ibu bapa, bergaul dengan orang yang lebih tua dan matang pemikiran serta sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah dan sihat.

Catatan Popular