RASULULLAH PEMIMPIN AGUNG

14 Januari 2014, Bandar Melaka, Melaka - Perunding Utama IQ Class Management telah bersama pelajar-pelajar UIAM di Bandar Melaka bagi mengisi satu lagi pengisian iaitu Kuliah Subuh dengan tajuk Rasulullah Sebagai Pemimpin Agung. Kesinambungan dari sesi ice-breaking kelmarin, aktiviti diteruskan oleh Sedayu Event Management dan kali ini peserta dibawa untuk belajar mengenai pengorganisasian melalui aktiviti 'Town Explorace'. Kuliah disampaikan dengan baik dan peserta memberikan perhatian sepenuhnya. Penceramah memberikan beberapa contoh serta peringatan penting untuk dijadikan panduan kepada peserta dalam usaha menjadi pemimpin yang terbaik pada masa akan datang.


Aktiviti diakhiri dengan berselawat ke atas Rasul Junjungan kita yang mulia, Muhammad s.a.w bersempena sambutan Maulidurrasul tahun 1435H.

Catatan Popular