PROGRAM PENGUKUHAN JATIDIRI BERSAMA MORT RESOURCES

17 November 2013, Janda Baik - Program Pengukuhan Jatidiri 2013 anjuran Majlis Perbandaran Petaling telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 15 November sehingga 17 November 2013 di Janda Baik Pahang. Program yang mengumpulkan remaja dan belia sekitar Petaling bertujuan untuk memupuk jatidiri remaja dan belia yang hebat dan berwibawa sebagai kepimpinan muda pada masa akan datang.


Program ini mengetengahkan beberapa elemen penting pembelajaran serta peserta juga dibimbing untuk mengenali diri mereka sendiri melalui Ujian Inventori Personaliti Warna atau IPW. Peserta juga berkesempatan mendengar dan melalui aktiviti berbentuk kerohanian dan kesedaran beragama serta beberapa aktiviti luar seperti merentas hutan dan berakit. Program ini dijayakan oleh paduan MORT Resources dan IQ Class Management.

Catatan Popular