PROGRAM MAJU DIRI SK SIMPANG LIMA

16 Januari 2014, Sungai Besar, Selangor - 3 siri ceramah berjalan serentak di SK Simpang Lima Sungai Besar yang disampaikan oleh, Perunding Utama IQ Class Management, Encik Kamaeul Azami. Sesi ceramah yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu merupakan agenda program Program Maju Diri atau PMD di sekolah tersebut. Lebih 200 orang pelajar terlibat yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Perunding utama IQ Class Management memulakan sesi ceramah yang pertama bersama pelajar tahun 4.

Ceramah bertajuk Aku ke Dunia Baru itu berakhir jam 9.00 pagi dan disusuli dengan ceramah 1 jam 30 minit bersama pelajar tahun 5 dengan tajuk Belajar Cara Belajar Berkesan. Sesi tahun 5 ini tamat pada jam 10.30 pagi untuk rehat. Ceramah ketiga bermula pada jam 11.00 bersama pelajar tahun 6 dengan tajuk Motivasi Cinta. Ceramah terakhir ini berlangsung 2 jam dan diakhiri dengan muhasabah yang disampaikan oleh perunding utama IQ Class Management.

Follow by Email

BERSAMA KAMI