PERSIAPKAN ANAK-ANAK UNTUK PEPERIKSAAN

9 November 2013, Shah Alam - IQ Class Management sekali lagi memenuhi jemputan oleh pihak SK Seksyen 7 Shah Alam. Kali ini untuk ceramah keibubapaan Persiapan Anak-anak untuk Peperiksaan kepada ibu bapa pelajar tahun 5 yang bakal melangkah ke tahun enam 2014. Ceramah berlangsung selama 2 jam dengan sarat pelbagai isi kandungan dan perbincangan serta tips yang berguna buat ibu bapa.


Ceramah berlangsung dengan lancar dan antara bahan yang dikongsikan adalah mengenai persiapan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sendiri dengan perubahan yang mereka harapkan kepada anak-anak. Pengorbanan ibu bapa adalah yang terpenting apabila mengharapkan anak-anak melakukan pengorbanan dan perubahan.

Catatan Popular