MUSLIM SEJATI LANGKAH PERTAMA 2014

4 Januari 2014, Kuang Selangor - Perjalanan kalendar 2014 IQ Class Management dimulakan dengan jemputan ceramah bertajuk Muslim Sejati pada 4 Januari yang lalu di Kompleks Asrama Damai, Kuang Selangor Darul Ehsan. Ceramah yang memakan masa 1 jam 30 minit telah disampaikan oleh Perunding Utama IQ Class Management, Encik Kamarul Azami. Ceramah disampaikan dihadapan lebih dari 100 orang pelajar yang terdiri daripada penghuni Asrama Damai sendiri beserta pelajar-pelajar Maahad Tahfiz dari Kota Damansara.

Ceramah didahului dengan istighfar dan disusuli dengan penyampaian ceramah yang sangat menarik. Ceramah yang disusun secara interaktif, menggabungkan isi kandungan penyampaian, komunikasi dengan peserta serta baham tayangan yang sentiasa berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar yang mendengar ceramah.

Kami di IQ Class Management berasa amat berbangga dan berbesar hati serta berterima kasih atas kesudian pihak penganjur iaitu pelajar-pelajar separuh masa ijazah sarjana muda usuluddin UKM yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyampaikan ceramah ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular