MOTIVASI CINTA DI SK PARIT ENAM SUNGAI BESAR

22 Januari 2014, Sungai Besar Selangor - Percintaan semasa zaman persekolahan sekolah rendah dikatakan sebagai cinta monyet. Ia ditegaskan oleh penceramah dan perunding utama IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dalam siri ceramahnya yang bertajuk Motivasi Cinta. Kali ini ceramah disampaikan kepada pelajar-pelajar tahun 6, SK Parit Enam Sungai Besar. Penyampaian yang bertenaga dan berkesan telah berjaya menyentuh hati para pelajar sehingga mereka menitiskan air mata rasa menyesal dan mendatangkan keinginan untuk melakukan perubahan.

Ceramah motivasi cinta, adalah modul ceramah yang telah dibina sejak tahun 2007 dan sehingga kini, ia masih menjadi tumpuan dan permintaan pihak sekolah yang pernah mendengarnya. IQ Class Management mengharapkan semua usaha yang dijalankan mendapat restu dan redha dari Allah dan diganjarkan pahala buat mereka yang berusaha menjadikan hidup mereka bermanfaat di dunia.

Catatan Popular