MEKAR DI SK ASSAM JAWA

11 November 2013, Kuala Selangor - IQ Class Management diberikan mandat kali ini untuk bertemu pelajar-pelajar tahun 6 SK Assam Jawa. Misi kali ini dipikul En Kamarul Azami dan En Johari, masing-masing selaku Perunding Utama dan Perunding Latihan IQ Class Management. Objektif bengkel adalah untuk menyediakan peserta untuk menghadapi dunia remaja mereka yang akan lebih mencabar di alam persekolahan sekolah menengah.


Bengkel bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Aktiviti bukan sahaja ceramah, bahkan diselitkan dengan aktiviti permainan, perbincangan dan pembentangan. Kali ini modul diperkukuhkan dengan penyerapan elemen modul ATT dan BMG oleh ABIM Selangor. Peserta diasingkan lelaki dan perempuan untuk memaastikan perbincangan lebih telus dan sampai kepada objektif yang disasarkan. Semoga pelajar-pelajar mendapat banyak manfaat darinya.

Catatan Popular