IQCM KE PULAU PINANG; SK PERMATANG DAMAR LAUT

26 Januari 2014, Batu Maung Pulau Pinang - Perunding dan penceramah utama IQ Class Management diiringi penganjur, Sedayu Event Management telah memenuhi jemputan ceramah motivasi keibubapaan di SK Permatang Damar Laut Pulau Pinang. Ceramah yang menghiasi dan menutup program motivasi 3 hari anjuran Sedayu Event Management merupakan ceramah kemuncak bagi memastikan momentum program motivasi itu berjaya dikekalkan sehingga mereka menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September 2014 nanti. Ceramah berlangsung bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi dan diakhiri dengan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh YDP PIBG SK Permatang Damar Laut.


Usaha merupakan jalan menuju kejayaan. Tanpa usaha, semua yang diidamkan jadi sia-sia. Usaha perlu disulam dengan azam dan cita-cita yang bulat dan jitu. Maka, usaha akan terserlah kejayaan apabila ia disempurnakan dengan sikap yang tepat dan berkesan. Pesan penceramah kepada ibu bapa yang hadir, tetapkan matlamat dalam diri anak-anak, disiplinkan mereka yang pasti ibu bapa akan menghadapi kesukarannya, eksplorasi kemampuan anak-anak yang pasti memerlukan ketelitian, ajari dan latih mereka untuk melakukan perubahan, perubahan ini bukan untuk sekarang, tetapi pada masa akan datang.

Follow by Email

BERSAMA KAMI