BERSAMA SEDAYU EVENT MANAGEMENT DI UIAM

12 Januari 2014, Gombak - Perunding Utama IQ Class Management sekali lagi menerima undangan dari Sedayu Event Management, rakan latihan IQ Class Management bagi membimbing aktiviti bengkel pemecah bendungan bagi program I-LEAD anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UIAM di Mini Auditorium UIAM. Bengkel bermula jam 9.00 malam dengan taklimat oleh pihak penganjur program. Peserta akan bergerak ke Melaka pada keesokan harinya. Bengkel berjalan dengan lancar dan dibantu oleh Encik Azizan.


Bengkel memberi fokus kepada proses taaruf dan tafahum, pembentukan kumpulan serta pembinaan pasukan. Pada masa yang sama peserta dibimbing untuk mengetahui serba sedikit mengenai asas-asas kepimpinan yang perlu ada sebagai individu yang memimpin.

Catatan Popular