BERKAMPUNG 13 HARI 12 MALAM

30 November 2013, Kuala Selangor - Majlis Penutup Kem Cuti Sekolah, Kem Celik Al-Quran kali pertama telah berjaya diselian dan dianjurkan dengan ucapan penutupan disampaikan oleh Mudir Madrasah Tahfiz Ad Diniah Sungai Gulang-gulang dengan dihadiri oleh ibu bapa dan orang tempatan. Pengalaman kami yang sangat berharga dalam menjalankan program terpanjang dalam sejarah penganjuran program IQ Class Management.

Ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan buat penggerak utama Prunding Latihan En Johari serta fasilitator yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan program ini lancar. Pelbagai pengisian yang dijalankan selama 13 hari 12 malam dengan penekanan diberikan kepada aktiviti menghafaz Al-Quran. Semoga usaha program cuti sekolah ini akan dapat dianjurkan dan dilaksanakan sekali lagi, amin.

Catatan Popular