BENGKEL MELANGKAH KE SEKOLAH (MAPS)

25 Disember 2013, Klang - Program menutup tirai 2013 bagi IQ Class Management adalah bengkel anjuran Surau Darul Aman, Jalan Kopi Meru yang bertajuk Melangkah Ke Alam Persekolahan atau MAPs. Modul yang diperkenalkan IQ Class Management diterajui oleh Perunding Utama En Kamarul Azami dengan memberikan penekanan kepada peserta mengenai kepentingan dan keperluan menghadiri sekolah serta bagaimana untuk menjadikan perjalanan persekolahan itu menarik dan seronok untuk diikuti setiap hari.


Bengkel yang bermula jam 8.00 pagi tamat pada jam 1.00 petang dan Perunding utama dibantu oleh En Azali sepanjang bengkel tersebut. Penyertaan melebihi sasaran 100 orang peserta namun aktiviti berjalan lancar dan diharapkan peserta mendapat natijah kebaikan dari bahan perbincangan yang disampaikan.

Catatan Popular