BENGKEL MEKAR DI SK SERENDAH

11 Oktober 2013, Hulu Selangor - IQ Class Management diberikan mandat sekali lagi untuk bertemu pelajar-pelajar tahun 6 SK Serendah. Misi kali ini dipikul En Johari selaku Perunding Latihan IQ Class Management. Objektif bengkel adalah untuk menyediakan peserta untuk menghadapi dunia remaja mereka yang akan lebih mencabar di alam persekolahan sekolah menengah.

Bengkel bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Aktiviti bukan sahaja ceramah, bahkan diselitkan dengan aktiviti permainan, perbincangan dan pembentangan. Semoga pelajar-pelajar mendapat banyak manfaat darinya.

Catatan Popular