BELAJAR SMART DI SMK DATO MUSTAFFA

23 Januari 2014, Sungai Besar Selangor - "Mungkin masa yang dipinjamkan Allah untuk kita sangat singkat sehingga kita tidak sempat isinya dengan perkara yang berfaedah. Atau mungkin kita tidak sempat merasai keseronokan hidup yang sebenar kerana leka dengan kesenangan dan kemudahan? Ubah diri kita sebelum Allah s.w.t. ubah diri kita." Begitu antara pesanan akhir perunding dan penceramah utama IQ Class Management, Encik Kamarul Azami kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 SMK Dato Mustaffa untuk ceramah Belajar SMART sempena Program Maju Diri.

Ceramah berlangsung selama 2 jam dengan pelajar dibimbing mengenali diri sendiri, membentuk pemikiran atau 'mind set' yang tepat dalam belajar serta memberikan persepsi serta pandangan yang baru pada masa hadapan mereka. Belajar SMART bukanlah modul berbentuk kemahiran belajar, sebaliknya ia adalah satu modul motivasi untuk memandu pelajar bagaimana untuk menjadi cemerlang bukan sekadar dalam bidang akadenik, sebaliknya, kehidupan di dunia dan di akhirat.

Catatan Popular