BELAJAR CARA BELAJAR BERKESAN


19 Disember 2013, Klang - SK Sungai Serdang begitu optimis dan aktif dalam memastikan kejayaan anak didik mereka di sekolah. Perunding Utama IQ Class Management, telah menerima undangan persiapan 2014 bertajuk Belajar Cara Belajar Berkesan kepada calon UPSR 2014. Persiapan telah bermula seminggu yang lalu dengan kelas tambahan dan beberapa penerangan mengenai subjek yang bakal mereka ambil di dalam peperiksaan UPSR. Seramai hampir 80 orang pelajar yang hadir mendengar ceramah yang menceritakan mengenai cara belajar yang berkesan.


Pelajar diingatkan Perunding Utama mengenai persediaan sebelum, perlakuan semasa dan tindakan selepas dari belajar ia merangkumi mahu belajar, jadual belajar, cara belajar serta mengulangkaji pelajaran. Semoga ia dapat memberikan manfaat yang baik kepada pelajar-pelajar SK Sungai Serdang dan ucapan terima kasih kepada guru-guru kerana terus memberikan kepercayaan kepada IQ Class Management.




Catatan Popular